Followers

Monday, June 6, 2011

Siapa Makan Cili Dia Terasa Pedas :)

Assalamualaikum,

Tajuk aku kali ini nak tuju kepada semua hamba Allah yang tak suka dengan post2 aku selama ini, macam ni lah wahai hamba2 Allah. Before saya nak tulis entri ini, saya mohon seribu kemaafan jika anda TERasa hati ke atau TERmakan hati ke? Dan macam2 hati lagi lah ye. :)

Before tu, kawan2 saya nak tanya anda ini blog siapa ya? Yes! betul Blog Muhammad Hakimi Erdiew Bin Muhammad Tarmizi! Okay, suka hati aku lah aku nak post apa pun kan?Nak cakap soal cerita cinta aku ke, soal mati ke? soal cerai aku ke? soal putus aku ke? soal gembira ke? soal sedih ke dan macam2 soal lagi lah ye. Anda tak perlu lah nak 'BAJET' kata TERlawat blog aku ke atau TERtekan blog aku ke atau TERtaip blog aku dan macam2 TER lagi lah ye. Kepada hamba2 sekalian, saya tak suruh pun anda lawat blog aku atau baca blog aku atau follow blog aku jika kau tak suka, andai diri tu rasa menyampah tak perlu lah kau nak park kan diri kau untuk tengok blog aku. Wahai nenek2 and atuk2 jembalang sekalian, aku nak post pasal awek aku, aku punya pasal lah, tak perlu lah kau nak komen pasal blog aku ni, tahu lah blog aku tak seindah blog kau yang CANTIK tu, INI LIFE aku, ini jiwa aku, suka hati aku nak kata apa pun, aku nak buat apa pun, kau tak perlu lah nak gedik2 ya,

Aku pelik betul manusia zaman sekarang ni, padahal aku dah couple dengan awek aku ni dah setahun lebih lah bro! Kenapa kau nk timbulkan isu kau sakit mata ke sakit hati ke sakit segala sakit lagi lah. Itu kau punya pasal lah der, aku nak kata apa? Antara kita dah jadi kenangan, tak pernah pun aku cakap aku menyesal kenal kau atau apa2 pun, takkan lah der aku nak post pasal kau dalam blog aku, adeyhh! makin la kau susah nak lupakan aku, nanti kata aku ni bagi harapan lah. Bro2 meh nak habaq sat na, sejak bila lah kau jadi gedik nak mampus ni? sejak kepala kau kena bedah ke hari tu? esyh2 sian kau, aku simpati juga, bro2 kau toksah lah nak komen aku ni macam mana pun, pernah ke aku cakap pasal buruk2 pasal kau, kau tau tak aku puji kau macam KLCC, betapa tinggi darjat kau, awek aku pun bangga dengan kau, bila macam ini, pergh! makan dalam der, orang yang aku percaya, yang banyak simpan rahsia aku, dia bongkarkan, tak guna lah kau kata kau sayang aku ke? cinta aku ke? atau apa2, yelah aku ni kan jahat mana sesuai dengan malaikat macam kau tu!

Soal agama?? kawan2 salah ke jika isteri membimbing suaminya? Bagi aku takda salahnya, saling ingat mengingati, kalau dah suami dia jahil, dan bini dia kuat agama, takkan bini dia nak ikut laki dia yang jahil, mestilah dia tarik laki dia ke arah kebaikan, cara2 nak tarik laki ni der macam2 cara der, hanya perempuan je tahu macam mana dia nak tarik suami dia ke arah kebaikan, Macam nilah kawan2 sejak aku kenal AMIERA BINTI ABDUL WAHAP diri aku ni betul2 dah lain lah bro, kau rasa aku makin berubah, memang lah aku berubah, aku nak jadi THE BEST PART OF HER LIFE! Aku nak buktikan aku juga boleh. Semua cuba nak tarik aku selama ini, tapi tak kena pada caranya, nak buat macam mana der? Bro itu kelebihan AMIERA bro, kelebihan kau lain, masing2 ada cara mereka lah bro, tapi pernah ke aku perlekehkan kau? pernah ke aku perkecilkan apa kau buat bro? Macam nilah, aku rasa aku takda pun umpat kau kan, jadi kau tak perlu lah nak umpat aku juga, and kena pada kau balik NAK TULIS PUN ENTRI KAU TU AGAK2 LAH DER TAK PERLU NAK SHOW OFF SANGAT NAK SHOW JUGA, JANGANLAH PASAL AKU, WAH POPULAR AKU, WINK3!! takpelah aku ni taknak ramai pulak datang dekat aku minta sign! wakakaka

Takda makna nak sakit hati lah der, cuma pelik kenapa nak post begitu wahai nenek and atuk? hehe, aku nak bercinta bagai nak mati then putus ke, itu cerita aku kan, lau putus kau lah tepuk tangan, lau aku kahwin kau lah doakan, adeyh! susah betul lah manusia ni, tak sangka ada ramai juga minat aku ini, hehe

ayang2 ramai giler minat hubby ni, b nak wat pengakuan lah sayang, wahai peminat2 ku, anda boleh minat saya, saya tak halang, tapi anda tak perlu lah nak perlekehkan apa saya buat dan bini saya buat, ni life kami lah, kami sangat gembira sekarang. Aku tak mampu jaga hati ramai pihak, lagi pulak CERITA ANTARA KITA DAH TAMAT! KAU ADA PAKWE KAN TAK PERLU LAH NAK SAKITKAN HATI DIA CAKAP SAL AKU, NOW DAH NAMPAK KE AKU JAHAT?


p/s: wahai manusia di muka bumi ini, semua insan tak perfect, ya betul tapi jangan lah jadikan diri anda jadi macam tu untuk selama2nya, ubah lah diri anda, ubah lah pemikiran anda, seperti saya, saya tak perfect, tapi saya tetap lakukan yang tebaik agar dapat ubah yang tak perfect itu, 

last DR LOVE NAK CAKAP DR LOVE CINTAKAN MISS BULAT!!

Class Hari Ini

Assalamualaikum,
Like usually, aku p kolej seperti biasa lah..belajar2 then rehat, then belajar2 dan seterusnya.
Tapi balik td aku bengan lah dengan mama aku, entahlah aku dah lah penat2 balik dia nak berleter aku pulak, mula2 ambil berat sal aku jap sebab aku sakit, then dia call balik..aduh sengal ubi betol la.

Malas doe nak cakap pasal tu, di teruskan cerita awek aku hari ini ada kelas malam pulak, kelas mandarin dia tu, aku pulak nak kena wat revision bab aku study tadi then ada homework pastu aku nak servay2 lah kerja bel plak. Tak tahu tajuk apa aku nak pilih, aku nak sama dengan awek aku, senang sikit, ley copy paste..wahahaha, takda lah at least kitaorang ley buat sama2

Okaylah ni aja aku nak post, aku nak g study dulu, huh penat Bye2

Sunday, June 5, 2011

For Someone That I Love So Much

Assalamualaikum
This entry I was going to talk about someone that I love so much. For the rest of my life only her can make my life are complete. If she read this post, I wanna thanks for her cause you made my life is complete and always give me a smiley on my face. Like this :) hehe. Nothing is important than my life and her.


Sayang, tau tak semalam hubby happy sgt ayg happy. Syg, takda siapa yg cintakan hubby mcm mn ayg cintakan hubby. Takda siapa tahan dengan sikap hubby ni, ayg x pnh nangis tak tahan bila bersama dgn hubby. 


P/s : I Love You Amiera Binti Abdul Wahap

Thursday, June 2, 2011

Semester 3

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa tentang semester 3 utk kali ini, aku cuma berharap this semester akan menaikkan lagi pointer aku. Jangan pernah jatuh, insya-Allah aku akan cuba naikkan lagi. Actually aku nak minta maaf kepada sesiapa saja yang pernah makan hati dengan aku sama ada secara langsung atau tak. Aku tahu selama aku kenal korang semua aku banyak menyakiti hati korang, mula2 aku datang dengan membawa sejuta kegembiraan dan aku pergi dengan sejuta kesakitan pada korang, harap maaf dengan segala kesalahan aku dulu.

Aku tak berniat untuk lakukan itu semua, aku cuma manusia biasa, anggaplah yang semua itu satu cabaran dalam hidup kita. Thanks kepada sesiapa yang pernah aku sakitkan dulu still ingat kat aku dan dah maafkan aku, korang memang kawan yang sangat2 baik. Aku turut mendoakan kebahagiaan korang juga, semoga apa yang dah jadi pada kita semua akan bagi kita semangat dalam meneruskan kehidupan. 

Aku macam tak percaya pulak sebenarnya kan, aku dah 19teen lol. Urmm, masa bergerak begitu pantas, hanya sekejap kehadiran aku dan kehadiran kalian semua sedikit sebanyak beri aku pengajaran dan watkan aku menjadi lebih matang. Tak sangka pulak aku sejak pemergian aku ni, korang still ingat saat mula2 dulu aku mengenali korang, aku tahu aku dulu always make you all smile and laughing..But now, semua tu hanya tinggal satu kenangan yang indah. Kenangan tu biar lah ia di telan dengan zaman,

Now, aku ada seseorang yang menceriakan dan mewarnai hidup aku, seronok sangat sebab perkenalan aku dengan dia pun agak pantas sebenarnya. Terima kasih Amiera. You make me smile every sec, min, hour and everyday! Terlalu besar dan terlalu indah untuk aku ceritakan pasal dia dalam entri blog aku, sebab dia begitu sempurna di mata aku, takda yang kurang.

Dia dah memiliki semuanya wahai sahabat2 ku.
1. Aku mencintai dia kerana agama yang dipegang begitu kukuh dan dia banyak nasihatkan aku soal pegangan agama ni
2. Aku mencintai dia kerana keturunan dia, dia memiliki sebuah keluarga yang baik tutur bicara nya dan ibubapa nya membuatkan ku 'JELES' untuk memiliki ibubapa sepertinya.
3. Aku mencintai dia kerana rupa parasnya, dia juga memiliki rupa yang sangat menawan, walaupun aku jarang sekali untuk memujinya, bukan bermakna dia tidak cantik tapi wajahnya membuat aku tak dapat berkata apa2 kerana kebersihan wajahnya.
4. Aku mencintai dia kerana kepandaian yang dia miliki, kepandaian dari semua aspek, pelajaran, urusan rumah, diri sendiri, dan menguruskan orang lain.
5. Aku mencintai dia kerana hartanya, dia juga diantara golongan yang senang, tidak susah dan juga tidak terlalu senang. Hartanya cukup untuk mereka satu keluarga.
6. Aku mencintai dia untuk yang terakhirnya kerana dia memiliki sifat yang manja, yang suka kan belaian dan perhatian yang penuh. Dia seorang yang kasar pada luaran tapi dalamannya hanya aku yang mengerti kerana itu namanya SEORANG PEREMPUAN.
Semua ni dia ada, dah cukup untuk seorang lelaki mencari pasangan hidupnya. Jikalau dia tak memiliki yang ke-3,ke-4, ke-5 aku juga tetap mencintai dia. Itu hanya tambahan jika ada, baguslah jika dia takda takpa. Tapi aku dapat semuanya. :)

Betapa sayangnya aku pada awek aku kan? Hehe, aku akan menyayangi insan itu jika dia pandai hargai kehadiran aku dan pandai ambil hati aku, aku terus terang katakan. 

Jenis lelaki macam aku ni :-
1. Memerlukan perhatian yang penuh, aku lebih suka jika gadis itu lebih fikirkan diri aku daripada dirinya(jahat x? hehe)
2. Aku perlukan gadis itu jika aku kata nak sekarang dia harus setuju dengan aku ( agak kejam x? hehe)
3. Aku seorang lelaki yang suka bercerita, aku tak suka pabila aku tengah seloroh bercerita dia akan bergurau mengatakan aku banyak cakap. Kerana itu akan menyinggung perasaan aku, aku lebih suka dia mendengar segala cerita aku even benda tu amat membosankan..:)
4. Aku suka "kopoci" hehe dengan gadis yang aku cintai, kerana aku dah terbiasa sangat dah untuk menyibuk..hahaha
5. Aku suka jika gadis itu pandai mengambil hati aku seperti memuji aku, even aku kata mana ada tapi disebaliknya satu senyuman yang lebar akan terukir di bibirku.
6. Aku agak manja dan aku suka di belai dengan lembut, aku sangat suka jika dia menemani aku ketika tidur.
7. Aku sangat sukakan pujukan dari si dia, dan aku mahukan nya! ;p
8. Aku seorang yang suka cari pasal dan aku suka akan nya, kerana aku akan nampak muka dia berkerut2 tahan marah dan sangat suka buat dia merajuk! My hobby! :)

Mungkin mengenali aku nampak complicated, tapi itulah aku sebenarnya, haha..jikalau anda nak tahu, Amiera seorang gadis yang sangat sabar dengan karenah BODOH aku ni, dia akan pastikan "bucuk" dia ni tidur dulu sebelum dia, seronok kan? rasa2 siapa lelaki dan siapa perempuan sekarang? haahhaha, dia adalah BF dan aku adalah GF..haha terbalik sudah!

okey sampai di sini dulu post aku, nanti aku update lagi, insya-Allah..thanks sudi membaca :)

Tuesday, May 10, 2011

Hanya Dia Seorang Dalam Hati Aku

Hyep! Ya kali ni entri aku ada lah ''hanya dia seorang dalam hati aku''. Tu dh cukup bagi pembaca2 aku ni tahu bahawa aku ni dah Taken By Amiera. Kali ni aku nak tulis entri aku bunyi macam ni lah, dulu aku selalu diam kan apa yang kau cakap pasal aku, kali ini aku nak tulis dalam blog aku pula. Kau patut bangga ye sebab kau makin popular dalam blog aku ni. Ada seorang hamba ni sms dengan aku lewat2 pagi buta, dia merayu pada aku supaya terima dia balikm kembali ke pangkuannya. Wow! Great tak?

Nak ke aku post mesej2 dia dalam blog aku? I think no need lah, tak baik pula kan? Sekarang dia dah sedar lah tu, dia siap suruh aku terima dia dan cuba menerima amiera???wow!!dia akan cuba menyayangi amiera??wow!! Apa dia ingat dia ke GF aku? Patutnya Amiera yang jawab demikian, tapi amiera bukan nya bodoh sampai nak share aku dengan kau lah. Lagi satu kan, tak mungkin untuk aku menduakan amiera, cukup kisah silam aku. Aku dah taknak ramai lagi perempuan, sebab aku ni bukan ada apa2 pun. Lagi pula kau cakap aku ni 'perasan' kan? Jika ayat tu bagi pada kau memang cocok, kau ni pelik lah, lain kau cakap lain yang kau tunjukkan, apa kau cakap??? Sebab kau emo??? Alahai kesian nya, jika kau emo sekali pun kau tak kan memburukkan aku pada GF aku lah derrrr!!

Bila kau buat macam tu dah terang2 sangat kau tunjuk sifat buruk kau tu, kau siap tanya aku 'adakah i jahat?' aku kata tak tapi kalau kau terus2 nak hypo tentang perasaan kau, kau adalah SEJAHAT2 IBLIS tahu tak? So, bagus lah sekarang kau dah berubah kan, so please stop talking or delete your post which is related with me or my gf okay!!! Kau ada life kau sekarang, aku dengan life aku, so please3 kita bawa haluan masing2. Aku takkan contact kau lagi dan kau juga macam tu! HORMAT AMIERA JIKA KAU TAK BOLEH HORMAT AKU!

My Lovely
B hanya ada ayg dan tak mungkin b akan berpaling pada ayg, cukuplah zaman budak2 b, cukuplah semua tu, b nak ayg tahu sekecil mana pun kuman tak mungkin dapat memisahkan kita kecuali izin-Nya saja. b sayang kan ayg sangat2..

I LOVE MY MISS BULAT 

THAT'S ALL FROM ME DR LOVE

Sunday, May 8, 2011

Happy Mothers Day

Hey all! Hari ni kita celebrate mothers day kan? Pe hadiah korang bagi kat mom korang? Mesti best sapa ada disamping family sekarang. Hurmmm,

Actually aku nak ucap thanks lah pada orang ni sebab wish anniversary pada aku even dah lambat. You are so sweet! Thanks ya. But today aku dan dia ada sedikit krisis rumah tangga..wakaka..takde menda sangat biasalah hal remeh2 je.


Aku dah lama tak update blog aku, aku tahu, sebab aku tak tahu nak update pe benda dah. Sebab tak semua pa ada dalam hati aku ni aku nak tulis..nanti kantoi lah kan? hahaha..cuma..entahlah..

+BINGUNG+

Thursday, April 21, 2011

+Happy Anniversary+




Akhirnye Hubungan yang kita telah mencecah SETAHUN!! Tahniah kepada AMIERA BINTI ABDUL WAHAP kerana sama2 membantu dalam mempertahankan hubungan kami. Sayang susah untuk aku cakap bahawa aku tak menyangka hubungan kita mampu bertahan untuk jangka masa macam ni, sedangkan kita sudah berjanji sesuatu kan sayang? Itu hanya kita berdua yang tahu, tak perlu sesiapa tahu janji kita, yang penting janji kita adalah baik dan tidak melanggar hukum syarak. Hubungan jarak jauh ini semakin erat dan tak mungkin ada sesiapa yang mampu pisahkan kita kecuali Allah S.W.T. Terima kasih berbanyak terima kasih sayang sebab kau "pungut" aku dulu, aku tak malu nak katakan pada blog aku, bahawa kau pungut lelaki bodoh macam aku ni, kau siramkan baja cinta pada aku, kau bersihkan aku, kau jaga aku dengan baik. Alhamdulillah aku bangkit setelah dulu aku gagal dalam percintaan aku. Cinta tak semestinya indah kan sayang, aku tahu kita juga mengalami pasang surut dalam perhubungan apatah lagi kerana "mood" special mu yang sering datang sebulan sekali ditambah pulak hubby mu ini seorang yang "hot...hot...hot...TEMPER" hehe..

Tanggal 21/ APRIL/2011 kita menjalinkan hubungan kita menjadi sepasang kekasih. Bercinta dari jarak jauh, LAUT CINA SELATAN memisahkan jarak antara kita, tapi kita masih teguh dengan cinta kita. Alhamdulillah kerana Allah masih sempat bagi kita merasa untuk menyambut ANNIVERSARY kita yang SETAHUN. Terlalu banyak onak duri yang melanda hubungan kita lagi2 "orang ketiga". Kau sangat tabah sayang menghadapi masalah2 yang datang sama ada dari aku mahupun kau. Aku cuma dapat mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana Dia masih menyatukan kita. 

Sayang, kita jaga hubungan ini dengan baik ya, sampai ke akhir hayat kita. Andai kata jodoh kita tak panjang anggaplah ia adalah titik permulaan dalam membina sesuatu hubungan, aku berkata demikian bukan kerana aku mahukan hubungan ini berkecai, tapi orang tua2 pernah cakap "JANGAN DIRIKAN RUMAH DI TEPI PANTAI JIKA TAKUT DI LANDA OMBAK" kata2 ni cukup besar sayang, kita tak tahu siapa jodoh kita, aku tak mahu orang yang baca blog aku ni kata aku ni TAKBUR.. aku nak kita juga beringat ketikan bercinta, "Cinta Tak Semestinya Memiliki". Tapi aku sering berdoa agar jodoh di antara kita KEKAL..AMIN YA RABBAL AMIN...


Wah, dah cukup untuk aku berjiwang2..wakaka. Kawan2 aku happy sangat2 sebab hubungan aku dengan si dia dah masuk setahun, im so happy okay!! Doakan hubungan kami kekal selamanya okay kawan2!! Thanks kepada sesiapa ada doakan kami. Kami akan mendoakan anda semua. Aku ada sedih satu je, sebab kami tak dapat sambut TOGETHER sbb esok dia akan MENEMPUH FINAL EXAM DAN ESOK 1ST PAPER UNTUK DIA!!!

Sayang!! cayok3!! jawab elok2 okay, b tahu ayang b ni boleh jawab dengan lebih baik. B maafkan ayang segala2nya jika ayang ada salah dan silap dengan hubby, sama ada ayang sedar atau tak sedar. Bagi b ayang takda wat pa2 salah pada hubby okay?? GOOD LUCK MY DARL! B DOAKAN AYANG DAPAT JAWAB DENGAN BAIK SEKALI DAN PEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG!! DEAN LIST LAGI YA??hehe..pandai sayang hubby..muaaahhh!!


Nukilan
+DR LOVE+