Followers

Saturday, March 26, 2011

Cuti Sem Semakin Menghampiri Kita ;)

Assalamualaikum...
Kawan2 nak bagitahu nie, cuti sem semakin menghampiri kita...hahaha..kepada sesiapa nak dekat final exam dah, aku doakan kita semua dapat jawab dengan baik sekali. 
Cuti Semester Dua Balik Atau Tidak??

Tu yang aku tengah pikir2kan nie sama ada nak balik atau tinggal kat KL je. Sebab aku rasa macam tak nak balik, tapi tengok lah macam mana kan, kalau aku rasa nak balik, aku bagitahu family aku. Hari ni seperti biasa kebosanan yang melampau, si dia pergi camping pulak dah, hahaha.. Rindu?? Tak rindu, hahaha..jahat seyh aku, rindu memang lah rindu, tapi ni ha assignment ni merindui aku sangat lah, so better focus pada benda2 macam ini.

Okey topik aku hari ni takde lah best sangat, aku tak tahu nak update tentang apa sebenarnya, oh ya..just nak bagitahu info baru, PUTERI FAZLEEN NATASYA nak bernikah. Alhamdulillah temu jugak jodohnya amin. :)

Latest news apa ya? Selain daripada rusuhan, gempa bumi? hehe..nampak sangat aku ni tak tengok tv, memang tak tengok pun, hobi aku hanya tidur. Tu lagi enak daripada aku buat benda yang tak elok..


30 MAC 2011

EHEM..hehe..tarikh keramat bagi aku, hehe..kenapa ya dengan tarikh ini? EEEE..tu tarikh aku dilahirkan lah...hehe..dah besar dah aku..oh no! 19!! tua2..tak mahu jadi tua, kat mana nak celebrate befday aku ya??give opinion plizz....


NUKILAN
+DR.LOVE+



   

Wednesday, March 23, 2011

CAMPING!!!!

Assalamualaikum...
Alamak dah lama aku tak update blog aku ni, hahaha..sebelum aku mula untuk bercerita izinkan hamba untuk bertanya keadaan kawan2 hamba di luar sana dan di dalam alam maya ini. Saudara dan saudari sekalian bagaimana keadaan anda? Sihat ke? Harap-harap saudara dan saudari semua sihat-sihat ya..
Tajuk post aku kali ini berkaitan CAMPING!! Why i say that? Because for the last week I joined  one club in my college, Extreme Club they went to the Ulu Yam. Huhu.. Pada mulanya aku tak berminat pun untuk menyertai camping tu, sebab entahlah maybe disebabkan barang-barang keperluan camping aku takda, kalau kat Sabah lain cerita lah, aku memang ada kat sana, so disebabkan aku masa tu NEED A REST N TIME FOR MY HEAD! hehe..jadi aku pun pergi, lagipun kawan aku yang offer benda ni, jadi aku pun pergi.

Hari pertama

 Kami bertolak pada pukul 4P.M. Pada awalnya dia kata nak bertolak pukul 3P.M, tapi paham2 je lah JANJI MELAYU.hehe..So aku pada hari pertama takda lah benda yang menyeronokkan pun, cuma ada ice breaking pada malam tu, masa tu pulak hujan, so kami terpaksa lah duduk dalam dewan tu, sebenarnya bukan dewan betul yang ada dinding, kira macam ASTAKA lah. Malam tu ada aktiviti MOONLIGHT SONATA. Nama aktiviti ni cantik kan? Hahaha..so dijadikan cerita, kami kena jungle tracking pada waktu malam tanpa sebarang BANTUAN CAHAYA DARI LAMPU SULUH ATAU APA2 CUMA ADA CAHAYA BULAN! Nasib juga lah masa tu bulan penuh, naik seram sejuk juga den nak pergi, maklum lah tempat2 baru macam tu, takut juga kan, dah sampai ke tempat destinasi kitaorang kena suruh lah berkumpul dan bercerita2 lah tentang apa ntah aku dah lupa, hahaha..so bila dah tepat pukul 12.30 pagi tu, kami dilepaskan pulang tapi!! DENGAN BERJALAN SORANG2..ouch! so scared..hehe..masa tu lah ada fasi2 ganggu konon2nya hantu lah..siap ada paswad bagaim actually fun tau! Aku sebenarnta takut juga, aku buat2 bodoh je jika ada bunyi2 yang kacau aku siap ada kak fasi tengah lepas rambut lagi, aku diam je..kot2 betul mana lah kita tahu kan? Dah balik ke khemah tu, kami pun periksa badan masing2 mana tahu ada pacat ke? Aku pada mulanya takda pun. Jadi senang hati!!

Hari Kedua
Bangun pagi, tengok2 seluar aku berdarah!! Oh God!! pacat kawan aku lah ni, aku kena gigit semalam, sedap dia hisap darah aku erk? cilaka punya pacat..geli2..huhu..berdarah2 pinggang aku macam kena liwat je aku rasa. Hahaha..tak sakit pun sebenarnya. hari kedua ni, aku tak tahu nak cerita apa, sebab aktiviti kami cuma jungle treking lagi ke Sungai Sendat Ulu Yam bawa macam2 barang bagai. Hahahha..masa tulah ada tolong menolong lah, apa lah..kaki sakit lah, beg koyak(ops! terasa pulak aku beg koyak) haha..dan macam2 lagi, haro kedua sedikit menyakitkan hati sebab kami di tipu bulat2 kononnya ada ahli kami perempuan kaki krem x dapat jalan, kami yang lelaki kena angkat dia pakai kayu, cari kayu then ambil kain supaya dapat angkat dia, sakit bahu mak!! hehe..dah lah angkat beg aku dan beg perempuan yang tak larat nak angkat. Malang nasib kami, tapi fun juga lah..sebenarnya dia best cuma FASI2 DIA MACAM BODOH! PENTINGKAN DIRI DAN TAKDA JADUAL YANG SISTEMATIK!!

Hari Last

Dah nak balik, takda apa2 aku nak cerita hari ketiga ni, sama je aku rasa takda yang lawak sebab bagi aku biasa2 je..hahahah


Moral dari cerita aku ni kan, nak tahu aku dapat apa? AKU DAPAT MACAM2 PENYAKIT TAHU TAK!!GATAL2!!DEMAM!!SAKIT2 BADAN!! tu yang aku dapat..hahahha..sampai sekarang badan aku masih gatal2..dipahamkan cerita kami ni dah kena CACING BABI! haha..ni lah padahnye berendam dalam sungai waktu hujan ntah pa2 benda yang lalu, adoii..hancuss dah tangan,leher dan kaki aku..nasib masih namapak HENSEM!! hahaha..aku tak teruk sangat, kawan aku dah satu badan..Jumaat ni aku akan pergi ke klinik balik. Sebab doktor aku jumpa hari tu macam BANGANG..dia bukan periksa aku, sentuh aku pun tak! nak kata doktor perempuan, TAK! TAPI LELAKI!!..adoi..sabar jolah..hehehe..


Oh ye kawan2,,sekarang aku agak sibuk dengan segala assignment aku yang kena submit dalam bulan March ini, jadi sebab tu aku jarang dah sekarang nak update blog, oh ya hari ini KEPUTUSAN SPM KELUARKAN??GOOD LUCK SEMUA!!


As usually, nak cakap about her, hehehe.. Alhamdulillah doa kawan2 dan keluarga lah ni, hubungan aku dengan dia so far baik. Keluarga dia dapat menerima aku, bagus lah kan? Hehe..kami even bercinta kami tetap utamakan PELAJARAN KAMI..dia pun tengah busy dengan segala kerjayanya..aku nak target SEM 2 NI aku nak dapat kan Dekan, hehe.. nak kalah kan awek aku ni haa...haha..niat dah jahat, takdelah, aku juga doakan dia dapat dekan lagi. Aminnnn...

 
 ~Dia lah Sayang aku tu~

;p( sayang dia sangat2, tak mahu nakal2 ya..)

NUKILAN
+DR LOVE+  




Tuesday, February 15, 2011

LONG TIME NO SEE BLOG :)

Assalamualaikum..
Dah lama hamba tak update blog hamba ni..Ya Allah, betapa hamba sangat2 busy dengan kerja di koleh hamba. Bagaimana rakan2 sekalian, anda sihat? Pa cerita baru tentang sahabat2 ya? Maaf dah lama hamba tak meng update blog hamba. Hamba nak beritahu terlebih dahulu, apa rakan2 sekalian masih ingat bisnes yang hamba join? Syukur alhamdulillah hamba telah dapat 1st payment pada 11/02/2011 dari V3 owner abe kun. Terima kasih kepada beliau.
Cerita tentang hamba, so far alhamdulillah hamba sihat bersama insan2 yang tersayang. Bagaimana dengan anda2 semua? Skema ke? sekali sekala menggunakan perkataan hamba pun seronok juga. Cerita ku dan ceritamu, kini semakin lupus di tiup angin lalu. Kehidupan insan yang bernama MUHAMMAD HAKIMI ERDIEW sedikit sebanyak telah berubah. Insya-Allah hamba berubah menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Tentang study hamba? Alhamdulillah untuk sem 2 ni hamba semakin menonjol dari rakan2 hamba yang lain. Berkat sokongan sahabat2 semua ya dan doa2 sahabat semua. Kini hamba semakin sesuai dengan persekitaran hamba , tidak seperti dulu, asyik mengadu dan berleter..Hehe begitulah hamba ya rakan2..

Eh! bukan ka tarikh hari ni kita semua kaum MUSLIM DAN MUSLIMIN menyambut MAULIDUR RASUL?? Ya Allah! kita banyak2 lah berselawat ke atas Rasul kita iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W @ RASULULLAH..saat ni hamba teringat akan rakan2 sekolah hamba waktu zaman sekolah menengah, tadi hamba berchat nan rakan kelas hamba waktu sekolah dia mengingatkan hamba la..wah hamba sangat merindui saat2 itu. Bagaimana pula sahabat2?? ANDA SEMUA ADA PERGI PERARAKKAN KE UNTUK ESOK? 


Tentang kekasih hamba? Alhamdulillah hamba dengan beliau baik2 saja, kami semakin cuba untuk mengenali hati budi masing2, eh hamba kelak akan berjumpa ibu bapa beliau...ermmm...beliau sering kali menjemput, tapi hamba segan dan tidak bersedia lagi, hamba maish banyak kekurangan..insya-Allah kelak hamba akan berjumpa..


sekian saja ya teman2

NUKILAN
+DR LOVE+ 

Friday, January 14, 2011

Untuk Tahun 2011 Ini Adalah Post Pertama

Assalamualaikum..
Sekarang aku dah masuk semestar kedua, macam2 cerita yang aku nak bagitahu, tapi aku asyik sebok je, lagi pula aku jarang nak on9, malas nak buka laptop, aku tengah sakit kepala lah sem 2 ni makin hard..huhu, 
Bout bisnes so far alhamdulillah berjalan lancar, aku baru join bisnes baru iaitu V3 dari abekun, aku kenal pun dari kawan aku la si ayie, nanti aku ada cerita aku update lagi ya,


Nukilan
+DR LOVE+ 

Saturday, December 25, 2010

CINTA AKU HANYA UTK DIA



aku dan dier masih lagi bersama..ini kerana kami saling mencintai antara satu sma lain...bergaduh tu biasala ..tapi aku x kan buat paper pn utk lukakan hati syg aku...mulut kata lain tapi hati hanya mencitai dirimu sorg sahaja..i love u miss bulat...aku harap x da sesiapa yg akan merosakkan hubungan aku ngan dier orite...aku syg dier dan aku tau dier pown syg akn aku..kami akn cbe sedaya upaya utk jaga hubungan kami berdua..sesiapa yg ingin rosakkan hubungan aku ngan dier...aku nasihatkan supaya delete aku dari fwens dier..aku x berminat utk knal sme org yg jenis cmtu....k la..apa2 pun doakan aku dan miss bulat...supaya hubungan kami berkekalan...yg paling penting doakan kami berjaya dlm bidang masing2..ya...pelajaran didahulukan kejayaan tetap diutamakn...

DR LOVE@MISS BULAT

Monday, December 20, 2010

Cuti Dah Nak Habis

Patutnya aku memang nak update blog aku ni, tapi tadi aku keluar jap dengan my sis beli barang2 untuk aku bawa ke kolej aku kelak. Dah lama tak update blog kan? Hehe, aku macam takda mood nak update sebab terlalu rindu dengan seseorang ni la. Hehe sekarang dia tengah update blog dia, aku pula baru nak mula, di anak habis dah update. Alamak! dah mula batuk pula sebab dah makan aiskrim,hehe aku dah makan 5 batang aiskrim mini cornetto. Nyumm2 belum lagi makan yang kotak besar punya, hehe I LIKE ICE-CREAM! Hehe, macam budak2, aku nak makan ikut mood juga tapi bila dah makan, aku tak ingat dunia lah.


Malam aku update lagi ya? tata

Wednesday, December 15, 2010

+FOREX???+

Assalamualaikum....

Yap, perkataan pertama yang keluar dari mulut seorang Muslim macam aku, hehehe.. Yes2, kali ini aku nak cerita tentang FOREX! Dah lama aku tak cerita tentang forex kan?? Mesti ada yang tertanya2 dan mesti ada yang tak suka dan ada yang suka aku tak update, Tapi kali ini aku update nak bagitahu, aku busy sebab kan aku pelajari sesuatu yang baru. Kali ini aku tengah berjinak2 dengan dunia FOREX! Seronok jika umur muda-muda macam aku berjinak2 dengan FOREX Ia amat menyeronokkan, tapi jangan sangka ia mudah! Tidak sama sekali, di sini aku nak tunjukkan anda beberapa keping gambar kegiatan forex aku. Sebelum aku tunjukkan di dalam blog aku. Terlebih dahulu aku nak promot sesuatu. MARILAH BERJINAK2 DENGAN DUNIA BISNES, SEBAB IANYA SERONOK,MUDAH DAN MENARIK! Kenapa aku cakap macam itu erk? Okey2 jom aku cerita sedikit salah silah kehidupan aku dalam dunia bisnes. Aku seorang yang minat kepada dunia bisnes sama ada ia bisnes AKTIF MAHUPUN PASIF! Jujur nya aku dulu tak faham apa dia bisnes AKTIF DAN PASIF, okey aku tak hebat sangat nak cakap pasal dua benda alah ni, tapi aku nak juga taip kat blog aku, mana lah tahu kan ada yang nak tahu. Tapi aku nak bagitahu jika ada ilmu sikit tu marilah kita berkongsi kan, sebab tak kemana juga. Ia bawa kebaikan. Aku mula hidup dalam dunia bisnes sebab my late father dulu memang ceburi bidang bisnes dalam hidup dia. Kiranya aku nu ikut genetik dia lah, rupa paras juga sama serta rambut. Huahuahuahua. Cita2 aku juga sama dengan dia. Semua samalah. Baran aku dan so on. Upps!! Kantoi! Hehehe. Dah2 teruskan cerita. Aku mula jinak masa umur aku 11 tahun. Huhu, aku pernah jual nasi lemak kat sekolah. Aku bawa pergi sekolah. Mama aku memang pakar lah dalam masak2 ni, aku pun sama. Like mother like son! huahua. So aku pun jual lah, memang jadi artis lah aku dulu masa sekolah rendah, sebab student2 pasti akan cari aku punya lah sampai malas dorang nak ke kantin. Hehe, penjual dia pun kacak kan, macam mana?? Hahahha, tapi malangya, ada yang jeles kerani sekolah aku warning aku lah beb! Dia tak suruh aku menjual nasi lemak lagi, sebab menyalahi undang2 sekolah. Aku pun berhenti lah, aku tak kisah pun. Tapi sedih tak dapat jumpa student comel2 lagi. Hahahha, alih2 kerani sekolah aku plak suruh anak dia menjual. Memang macam babi lah masa tu, sampai sekarang aku masih ingat! Tapi sekarang dia dah meninggal. Tak baik owww, hehe anak dia kawan aku dari tadika lagi. Lelaki, nama dia Fauzi. Sekolah menengah pun sama cuma lain kelas. Okey and that time aku rasa wah, aku ni ada bakat juga kan, Mulut manis apa, ngorat perempuan boleh je, asal tak boleh ngorat dorang dalam bidang bisnes. Esyh2 tak baik aku ni kan. Hehehe, joking lah.
Now start dari sana aku fikir nak jadi bisnesman je, tapi aku batalkan niat sebab aku nak jadi engineer gak macam idola ku. Hehe, aku mula fikir, kadang2 memang penat nak berbisnes dengan face to face ni, yelah kita banyak urusan lagi. So di jadikan cerita after SPM last year aku bertekad nak ceburi bidang bisnes dalam internet. Ya ramai kata, semua tipu je, tapi tak semua lah. Ada yang tipu ada yang tak. Aku dah rasa semua tu, dulu MYSPACE MONEY AND MONEY CLICK. Dua bisnes ni adalah bisnes AKTIF,sebab nak kena promot lah. Memang susah juga aku dulu nak untung, tapi alhamdulillah dapat juga balik modal. Now benda alah tu dah CLOSE! Bankcrupt weyh! Ramai maki kot sebab bisnes ni tipu je lebih, dan aku kenal sangat admin dia. Hahaha, tapi tak baik kan maki2, biasalah tu. Tapi kira okey lah juga ada untung juga kan. Memang aku panas juga sebab banyak tipu tapi ia bagi aku satu pengajaran dan tahu selok belok perniagaan internet. Daripada 0 dapatlah 40% kan.


Jujurnya aku tak dapat lagi 100%, maybe just 80% kot. Kira okey lah untuk bagi tunjuk ajar sikit2 sebab aku ada kawan yang ajar, dia baik siot. Asal ada bisnes baru dia mesti cari aku punyalah. Tu lah kawan, even kita orang tak pernah jumpa lagi. Nanti aku show gambar dia. Then aku join rm20segera. Bisnes ni pun boleh tahan. Modal murah je kot. Budak2 sekolah ramai join. Aku selidik2 dapat tahu ramai join. Kawan aku 3 hari join memang masyuk lah. Aku mula2 tak  masyuk sgt tapi tunggu dan tunggu, Pergh! hanya modal rm20 aku dapat almost RM200 beb. Then aku stop jap sebab dah masuk study. Now start balik, cuma slow sikit lah nak masuk. Hehehe.. Sebab banyak bisnes baru muncul lah kawan.
And now, aku join plak FASTRACT,2KALI.COM,ROYALTYFX. semua ni memang masyuk dan memang kuat lah. Kita tolak tepi dulu pasal royaltyfx. 2kali.com dan Fastract sama je sebenarnya cuma dari segi keuntungan dan modal saja berbeza. Nanti aku tunjukkan bukti. Dua2 ni adalah salah satu bisnes PASIF. And now aku nak belajar forex pula, aku sekarang tengah belajar lah ni, ni memang susah lah beb! Sebab lau basic kau tak tahu and kukuh, memang jatuh habis lah weyh. Jangan salah sangka FOREX BUKAN BISNES HARAM! Korang boleh tengok salah satu blog yang aku follow nama NAHNUFX, dia pakar dalam forex. Dia adalah salah seorang TRADER SEPENUH MASA. Wow! Best kan? Dia sifu kami untuk aku dan kawan aku ayie nama kawan aku tu. Hehe, lupa nak sebut nama kawan aku ni. Hehe. NOw aku tunjuk korang dulu gambar2 yang aku dah sebut tadi.









Ketiga2 gambar ini adalah salah satu M1, maksudnya 1 min.



Yang ni pulak H1 iaitu 1 hour. korang takkan paham tentang H1 and M1. Nak tahu lebih lanjut tanya aku lah ya.


AKU TUNJUKKAN PULA GAMBAR BUKTI FASTRACT PULA. BEFORE TU AKU NAK ULANG SEKALI LAGI MODAL HANYA RM120 DAN TUNGGU SEBULAN ANDA DAPAT RM360.




Nampak tak yang aku bulat kan tu? Ha yang tu komisen untuk hujung bulan 12 ni RM264, kerana join lambat, sebab pengiraan komisen aku bermula 10/12/2010. So, tak cukup sebulan lah kan??



TENGOKLAH UNTUK HANYA 5 HARI AKU DAH DAPAT RM48. So amacam?? Bila lagi nak join weyh?? Aku tak tipu, lau aku tipu buat apa???



So, dah lihat?? macam mana berminat tak?? Nak tahu lebih lanjut sila email aku kat email ni kimy_boyz@yahoo.com, ym aku juga sama email tu dan also tagged. Jangan hanya tunggu dan lihat orang lain buat duit, anda bila lagi??? Aku cuma nak bantu korang lagi2 student2 yang belajar kat peringkat UNIVERSITI. Duit banyak kena gunakan? Ala, nak join bisnes ni HATI KITA KENA IKHLAS, JANGAN TAMAK, JANGAN BONGKAK, KITA CARI REZEKI KERANA DIA, NAK KURANGKAN SIKIT BEBAN SAHAJA, SO FIKIR2KAN DAN SELAMAT BERTINDAK!!!

I think cukup untuk setakat ini sahaja, nak tahu lebih jelas, silalah contact saya. Jika ada salah dan silap tentang penerangan saya jangan marah ye, sila betulkan kepada yang otai2 yang jumpa blog aku, kalau2 aku salah bagi info tegur aku, aku cuma bagitahu apa yang aku paham. Maklumlah budak baru belajar. Lagi satu maaf gambar di atas kurang jelas.Tapi lau nak lihat dengan jelas,sila klik gambar tersebut. Lagi satu forex yang korang tengok ni akaun demo sahaja tahu! Bukan real, aku masih belajar cara trade yang tepat! smile ;)

P/S : MAAF SEBAB AKU TAK TERANG LAGI SOAL ROYALTYFX, SEBAB YANG AKU TAHU DIA SAMA MACAM FOREX CUMA IA BUKAN FOREX REAL. TAPI STILL UNTUNG CUMA AKU TAK STUDY SANGAT LAGI BENDA TU,NANTI AKU TANYA KAWAN AKU SURUH TANYA OTAI2 SEBAB KAWAN2 AKU RAMAI KAWAN DENGAN OTAI2 NI. MAAF JIKA AKU ADA SALAH TAIP, DAN JIKA ADA YANG TAK FAHAM MAAFKAN AKU :(


NUKILAN
+DR. LOVE+