Followers

Thursday, April 21, 2011

+Happy Anniversary+




Akhirnye Hubungan yang kita telah mencecah SETAHUN!! Tahniah kepada AMIERA BINTI ABDUL WAHAP kerana sama2 membantu dalam mempertahankan hubungan kami. Sayang susah untuk aku cakap bahawa aku tak menyangka hubungan kita mampu bertahan untuk jangka masa macam ni, sedangkan kita sudah berjanji sesuatu kan sayang? Itu hanya kita berdua yang tahu, tak perlu sesiapa tahu janji kita, yang penting janji kita adalah baik dan tidak melanggar hukum syarak. Hubungan jarak jauh ini semakin erat dan tak mungkin ada sesiapa yang mampu pisahkan kita kecuali Allah S.W.T. Terima kasih berbanyak terima kasih sayang sebab kau "pungut" aku dulu, aku tak malu nak katakan pada blog aku, bahawa kau pungut lelaki bodoh macam aku ni, kau siramkan baja cinta pada aku, kau bersihkan aku, kau jaga aku dengan baik. Alhamdulillah aku bangkit setelah dulu aku gagal dalam percintaan aku. Cinta tak semestinya indah kan sayang, aku tahu kita juga mengalami pasang surut dalam perhubungan apatah lagi kerana "mood" special mu yang sering datang sebulan sekali ditambah pulak hubby mu ini seorang yang "hot...hot...hot...TEMPER" hehe..

Tanggal 21/ APRIL/2011 kita menjalinkan hubungan kita menjadi sepasang kekasih. Bercinta dari jarak jauh, LAUT CINA SELATAN memisahkan jarak antara kita, tapi kita masih teguh dengan cinta kita. Alhamdulillah kerana Allah masih sempat bagi kita merasa untuk menyambut ANNIVERSARY kita yang SETAHUN. Terlalu banyak onak duri yang melanda hubungan kita lagi2 "orang ketiga". Kau sangat tabah sayang menghadapi masalah2 yang datang sama ada dari aku mahupun kau. Aku cuma dapat mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana Dia masih menyatukan kita. 

Sayang, kita jaga hubungan ini dengan baik ya, sampai ke akhir hayat kita. Andai kata jodoh kita tak panjang anggaplah ia adalah titik permulaan dalam membina sesuatu hubungan, aku berkata demikian bukan kerana aku mahukan hubungan ini berkecai, tapi orang tua2 pernah cakap "JANGAN DIRIKAN RUMAH DI TEPI PANTAI JIKA TAKUT DI LANDA OMBAK" kata2 ni cukup besar sayang, kita tak tahu siapa jodoh kita, aku tak mahu orang yang baca blog aku ni kata aku ni TAKBUR.. aku nak kita juga beringat ketikan bercinta, "Cinta Tak Semestinya Memiliki". Tapi aku sering berdoa agar jodoh di antara kita KEKAL..AMIN YA RABBAL AMIN...


Wah, dah cukup untuk aku berjiwang2..wakaka. Kawan2 aku happy sangat2 sebab hubungan aku dengan si dia dah masuk setahun, im so happy okay!! Doakan hubungan kami kekal selamanya okay kawan2!! Thanks kepada sesiapa ada doakan kami. Kami akan mendoakan anda semua. Aku ada sedih satu je, sebab kami tak dapat sambut TOGETHER sbb esok dia akan MENEMPUH FINAL EXAM DAN ESOK 1ST PAPER UNTUK DIA!!!

Sayang!! cayok3!! jawab elok2 okay, b tahu ayang b ni boleh jawab dengan lebih baik. B maafkan ayang segala2nya jika ayang ada salah dan silap dengan hubby, sama ada ayang sedar atau tak sedar. Bagi b ayang takda wat pa2 salah pada hubby okay?? GOOD LUCK MY DARL! B DOAKAN AYANG DAPAT JAWAB DENGAN BAIK SEKALI DAN PEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG!! DEAN LIST LAGI YA??hehe..pandai sayang hubby..muaaahhh!!


Nukilan
+DR LOVE+

No comments:

Post a Comment

Jangan Sengan! Sila Komen ~~