Followers

Tuesday, August 31, 2010

Muslimah Memang Tak GUna..

salam sejahtera...ade kalangan korang mesti terkejut dengan tajuk entry aku ni kn??rilek! jangan marah...aku ambek tajuk ni sebab maybe masih ade yg tak tahu lagi sebab apa..nak jadi cerite. setiap kuliah madah Mutala'ah Wa Ta'bir, kami bergilir-gilir memberi tazkirah..ada seorang sahabat aku, Aliah namanya. membawa satu tajuk tazkirah yang boleh dikatakan menimbulkan kontroversi pada judul tajuknye...termasuklah aku..namun dia menerangkan maksud apa itu Muslimah memang Tak Guna ...ikutilah isi-isi dalam sessi tazkiranya...:-


  1. perempuan muslimah memang tak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya, sehingga ternampak bayang kulitnya. kerana dia tahu, bahawa pakaian seperti itu adalah pakaian yang hanya layak dipakai oleh perempuan jalang.
  2. perempuan muslimah memang tak guna rantai kaki yang berloceng utk dililitkan pada kakinya. rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemercing dan menarik perhatian orang lain lebih-lebuh lagi lelaki JAHAT. dia tahu sekiranya dia memakainya juga dia telah melanggar larangan Allah Taala dalam ayat 31 surah An-Nur
  3. perempuan muslimah memang tak guna minyak wangi yang baunya semerbak. wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi. Sabda nabi bahawa wanita yang keluar rumah dengan memakai wangian adalah seperti pelacur. bukan tidak boleh berwangi-wangian tetapi bersederhanalah dlm pemakaian wangian tersebut.
  4. Muslimah memang tak guna kata-kata yg keji krn dia tahu sesiapa saja yg bercakap perkara yg keji adalah mereka yang rendah akhlaknya. lelaki @ perempuan yg mnggunakan kata-kata keji adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. perkara ini dijelaskan dalam firman Allah ayat 24-26 suah Ibrahim
  5. muslimah memang tak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal org yg disekitarnya atau dgn kata mudahnya, MENGUMPAT...dia tahu sekiranya dia mengumpat dia seolah-olah telah memakan daging saudaranya sendiri...emm, sdp ke makan daging sendiri?snggup ke korang makan daging member sendiri??pkir2kn lah..
  6. wanita solehah mmg tak guna tudung tiga segi, apabila diselempangkannye sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya [tudung siput babi]. sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki JAHAT yang terkena panahan syaitan. dia tahu, apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak nampakkan bentuk di bahagian dadanya.
  7. Muslimah memang tak guna lenggok bahasa yg boleh menggoda seorang lelaki. jika bercakap dengan lelaki ajnabi(lelaki yg boleh dikahwini), bercakaplah dgn tegas. jgn biarkan suara lentuknya utk mnarek perhatian lelaki yg sakit dalam hatinya. sememangnya suara wanita itu bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. bertegaslah dalam percakapan. bahaya suara wanita yg bercakap dgn gaya membujuk yg boleh mencairkan keegoan lelaki dicatat dalam ayat 32 surah Al-Ahzab
  8. perempuan yang muslimah mmg tak guna alat make-up utuk mnonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. adab bersolek ini amat ditekan kpd Muslimah krn kecantikan adalah hak esklusif yg mesti dpersembahkan kpd suaminya.
  9. jadilah perempuan islam & muslimah yg BERGUNA
HUH.. aku betul2 tertarik dengan isi-isi tazkiranya petang tu...tapi adakah kita sebagai wanita muslimah mengambil kira ttg ini?atau sekadar mendengar, membaca? ketahuilah, bahawa orang yg sudah mmpunyai ilmu, tetapi tak amalkan..sunggu maha besar kemurkaan Allah...sedarilah wahai kawan-kawanku yg aku sayangi...hidup di dunia ibarat hanya persinggahan sementara, yg dalamnya kita cuma bekalkan dgn bekalan amalan untuk hidup di alam yg abadi tiada penghujungnya..bersungguh2lah dlm beramal..nnti kt sana kita boleh enjoy...hmmm.,..

+sebenarnya..cerita kat ats..aku ambik dr blog ENCIK SAFWAN ABDUL RAHMAN...aku suka tajuk ni sbb dia wat kn aku rasa nk post pd blog aku n bg org lain bca gak...yg brkenaan tu yg trasa..so fhm2 lah ye...pe lg..berubah lah WAHAI MUSLIMAH SEMUA+

No comments:

Post a Comment

Jangan Sengan! Sila Komen ~~