Followers

Friday, December 3, 2010

^Beginilah Nasib Aku^

Assalamualaikum
Malam ini, ada sesuatu yang telah berlaku pada diriku, aku tak tahu kenapa dan mengapa aku selalu menjadi mangsa dalam hal ini. Aku sebagai adik di rumah ini, aku sering menjadi mangsa adik beradik aku. Tadi aku gaduh dengan abang aku, dia telah buang aku dari list ADIK dia, aku bukan lah adik dia lagi pada dirinya, tapi hakikatnya aku masih seorang ADIK KEPADA DIA. Dia yang memutuskan silaturrahim antara kami, tapi aku akan tetap anggap dia abang aku sampai ke akhir hayat aku. Ya Allah! Begitu besar sekali dugaan yang kau berikan padaku ya Allah..Besar ke dosa yang telah aku lakukan pada Mu ya Allah?? Jikalau itu yang dia inginkan, aku redha, dendam aku terhadap mereka semakin menebal ya Allah, aku akan buktikan pada mereka aku mampu untuk bangun sendiri. Aku TAK BODOH,TAK KERAS KEPALA, HATI BATU, TEMBERANG DAN SEBAGAINYA. Aku ada sebab tersendiri, Kau tahu kan apa yang ada di dalam hati aku ini?

Tadi aku hampir untuk lari dari rumah, sebenarnya aku memang dah lari, sebab tak tahan tengok abang aku meluat melihat aku lagi, dia halau aku keluar, aku taknak sakitkan hati dia, jadi aku bertindak untuk keluar dari rumah itu. Lagi pula, aku dah tak tahan dengan orang2 dalam rumah tu, tapi kerana orang2 yang masih menyayangi aku even mereka bukan saudara kandung aku mahupun ahli keluarga aku, mereka nasihati aku supaya untuk pulang ke rumah saja. Akhirnya aku akur dengan keputusan yang mereka buat untuk aku. Aku cadang nak jumpa kawan aku untuk pinjam duit nak beli tiket kapal terbang malam ni, tapi kakak aku suruh buat sesuatu before aku buat keputusan, pada mulanya aku amat degil tapi akhirnya aku akur dengan nasihat dia. Sebab aku tahu ia amat berguna untuk aku. Memang betul kata akak, aku rasa tenang sedikit selepas selesai solat isyak dan baca yaasin serta al-Quran. Terima kasih akak. :)
Aku tak tahu lagi apa keputusan yang aku nak buat ni. Tapi jujurnya sekarang aku rasa aman di rurmah ini. Even takda mereka, aku ada Allah. Aku bukan tak nak pergi ranau disebabkan aku nak keluar malam2 atau apa. Aku cuma nak rehatkan badan aku saja. Aku bukannya sihat sangat. mereka tak tahu tentang tu, walhal mama sendiri tahu, yelah dia tengok anak dia sihat je dengan mata kasar, aku tak salahkan mama, ubat yang dia bagi aku akan always makan mengikut masa. Jikalau mama tak boleh bawa aku buat medical check-up kat sini, aku akan buat sendirian. Untuk kesihatan aku juga, aku sayangkan diri aku juga. Biarlah aku jaga diri aku selagi aku belum berkahwin, nanti dah kahwin ada juga yang jaga makan,pakai aku serta sakit aku semua dia tahu, Hehehe.. 

Rasa2nya sesuai ke jurusan medical yang aku ambik ni. Semua yang berkaitan dengan medical. Sebab aku pun tak yakin sebenarnya ni, aku rasa keputusan aku dah keluar tapi aku belum tengok lagi, aku takut sebenarnya, kalau2 aku tak dapat yang aku inginkan. Lagi lah abang aku besar kepala dengan aku kan, lagi lah dia ejek aku macam2. Taknak lah, takutlah. ada sesiapa sanggup check kan untuk aku??Tapi jangan bagitahu aku. Yang aku nak tahu, aku lulus atau tak. Pointer aku taknak tahu! Huhu.Aku rasa post aku malam ini setakat itu saja lah. Aku dah penat sebenarnya. Berlari dan menangis sepanjang malam, Kesian tak kat aku, aku ni mesti dipandang seorang JEJAKA YANG LEMAH kan? Takpelah judge je aku macam mana okey. K lah good night everybody, Tata. Salam.


+Muhammad Hakimi Erdiew Bin Muhammad Tarmizi+  

No comments:

Post a Comment

Jangan Sengan! Sila Komen ~~