Followers

Thursday, December 2, 2010

*Khas Buat Mereka Yang Tulus Menyayangi Aku*

Terima kasih kepada insan-insan yang banyak membantu aku dalam setiap masalah yang aku hadapi. Selalu ada bila aku memerlukan seseorang. Terlebih dahulu aku nak cakap tentang seorang gadis yang muncul dalam hidup aku untuk pertama kalinya perkenalan kami. Nama insan tersebut Puteri Fazleen Natasya Binti Rozizi. Seorang gadis yang kecil tapi cantik orangnya, kurus, bergaya dan berhemat tinggi. Dulu hati aku pernah dicuri oleh insan ini semasa aku berumur 16 tahun. Perkenalan yang agak singkat tapi menyeronokkan bagi aku kerana begitu cepat masa berlalu, hati aku terpaut dengan gadis ini. Hatinya sukar untuk ditawan malahan sukar untuk kita fahami apa tindakan yang akan dilakukan ia. Seorang gadis yang berjiwa besar, anak kedua dari tiga orang adik beradik berumur 18 tahun untuk tahun 2010 kali ini. Aku ingin mengucapkan terima kasih kerana dia pernah hadir dalam hidup ku untuk seketika, banyak onak duri yang kami jalani bersama, tapi malangnya, jodoh antara kami hanya setakat ini sahaja. Terima kasih pu3, sebab awak pernah sayang dan cinta pada saya, dan andai kata benar yang awak katakan awak sampai ke saat ini masih mencintai saya, terima kasih wahai sahabat ku. Dulu saya sering mengatakan pada awak bahawa awak tidak tulus dalam mencintai saya, kerana awak tak pernah layan saya seperti kekasih awak. Awak begitu banyak berahsia dengan saya, walhal saya tak pernah berahsia dengan awak. Tapi maafkan saya, kerana saya tak mampu untuk meneruskan cinta saya terhadap awak kerana setelah apa yang berlaku antara kita memang amat sukar untuk saya lupakan hingga ke hari ini. Baguslah jika awak dah menyedari kesilapan awak dulu semasa menjalinkan hubungan dengan saya, tapi saya ingin katakan awak tidak salah 100% dalam hal ini, saya gagal dalam membimbing awak jadi seorang perempuan yang tidak ego malahan untuk jadi teman hidup saya. Maafkan saya puteri, Saya doakan awak jumpa insan yang lebih baik dari saya dan mampu menjaga awak lebih dari saya puteri. Barang-barang yang pernah saya bagi pada awak, jikalau awak masih nak simpan, sila lah simpan, bangle yang ada nama saya tu, awak boleh bagi pada paan, insya-Allah dia akan jadi insan yang akan bertakhta di dalam hati awak selepas saya. Jujur saya katakan saya baca post awak tentang saya, amat berbeza dengan diri awak yang saya kenal selama ini, begitu tulus awak mencintai saya, tapi awak masih berlagak hypo depan saya. Tapi jika benar apa yang awak post di dalam blog awak ribuan terima kasih saya ucapkan. Selama 2 tahun lebih baru saat ini saya terasa diri saya dihargai oleh insan seperti awak. Benarkah awak dah berubah selepas hadirnya saya dalam hidup awak? Atau selepas hadirnya nizam dalam kehidupan awak? Apa2 pun reason nya awak dah mula sedar bahawa cinta ini amat rumit dan memerlukan kesabaran yang tinggi dalam menjalinkan hubungan. Jujur saya kata, saya memang sakit bila dengan awak, tapi saya pulih apabila dengar gelak tawa awak. Saya rindukan semua itu, maaf sebab semalam saya marah pada awak sebab satu lagi perangai awak tak berubah suka bergurau kasar macam tu, maaf sebab susahkan awak. Awak saya masih sayangkan awak sebagai manusia biasa di muka bumi ini. Saya tak nak tahu apa akan jadi di masa hadapan. Saya tahu awak tak pernah buka blog saya, dan saya nak cakap pada awak, jadi lah insan yang baik even ada orang jahat melakukan kejahatan pada kita. Sabar ya, and please jangan balas dendam pada lelaki lagi ya, be a good girl. Take care. :)


Kepada insan seterusnya Syahirah Binti Abu Bakar. Seorang gadis yang lembut dan soft spoken bila bercakap dengan saya. Seorang gadis yang manja serta berdedikasi dalam segala hal, pantang tentang sesuatu yang berkaitan KeTuhanan. Amat menitikberatkan hal-hal yang serius mahupun tidak serius. Seorang pendengar yang setia dan tabah mendengar walaupun ia seakan2 menguriskan hati kecilnya. Anak bongsu dan seorang yang kuat melawan apabila berkaitan abangya. Suka menolong sahabatnya ketika susah dan senang, mudah bergaul dengan insan yang baru tapi seorang yang sukakan kesedihan. Lebih suka menyendiri daripada beramai2. Aku mengenalinya melalui social chat networking di dalam tagged. Pada mulanya, dia seorang gadis yang sunyi dan sering sakit pabila berkaitan dengan lelaki. Sering dilukai dan sering sedih pabila bercakap soal cinta. Munculnya kehadiran aku membawa seribu warna-warni dalam kehidupannya. Sering gelak ketawa pabila bercakap dengan aku. Lupa pada kisah kesedihannya, setelah mengenali aku, kehidupan nya banyal berubah sedikit demi sedikit. Menjadikan dirinya seorang yang matang, berumur 17 tahun untuk tahun 2010 kali ini. Aku terpukau dengan sifat kelembutannya dalam melayani aku, tidak pernah berkasar sedikit dengan aku, suaranya yang halus membuatkan diri aku tenang dalam kesedihan yang melanda diri aku. Mencintai aku tulus dan ikhlas sehingga saat ini. Terima kasih wahai sahabatku Syahirah. Mudah terima kritikan mahupun nasihat dari sesiapa pun. Tapi alangkah malangnya nasib insan ini, kerana aku pergi dengan begitu sahaja, aku tinggalkan dia saat dia amat gembira aku berada disampingnya. Maafkan saya ira, saya pergi tinggalkan awak. Hanya keputusan itu yang tepat pada saat itu, Aku tak mahu melihat dirinya sakit sendirian lagi. Aku banyak membawa masalah dalam kehidupannya. Percakapan dan tulisan nya sama apa yang dia luahkan pada aku hingga ke hari ini. Tapi kini, dia berubah menjadi seorang gadis yang agak kasar dan panas baran. Maafkan aku ira, please come back. Be urself, i miss the old you syahirah.Sayangnya aku pada dia tak dapat untuk aku ungkapkan. Dia sahabat yang amat2 memahami aku ketika aku dalam kesedihan mahupun kegembiraan. Terima kasih ira atas cinta dan kasih sayang yang awak berikan pada saya hingga saat ini, Biar Tuhan menentukan segalanya.  


Seterusnya kakak yang hadir dalam diari kehidupan aku, Taiyibah Binti Abdullah. Seorang gadis yang berumur 21 tahun untuk tahun ini. Anak kedua dan hanya salah seorang perempuan dalam kalangan adik beradik yang lain. Mempunyai semangat yang kuat, cekal, tabah dalam segala hal. Suka mendengar dan suka memberikan motivasi pada insan yang memerlukan. Suka bercakap soal agama dengan aku. Mendidik aku menjadi seorang adik dan lelaki yang berguna kepada keluarga, sahabat handai, bangsa dan juga negara. Mukanya amat tenang pabila kita menatapnya, seorang yang tegas pabila kita melanggar apa yang terbaik untuk diri kita. Seorang yang sukar untuk difahami kerana pandai dalam meyembunyikan perasaan sendiri. Tidak suka pada kekerasan malahan dia memiliki sikap yang amat tinggi sebagai senjata dalam dirinya iaitu EGO. Dia memiliki sikap ego yang agak tinggi tapi mudah jatuh pabila di tekan dengan mendengar satu masalah. Tidak suka menjalinkan hubungan yang serius antara lelaki dan perempuan. Patuh pada Allah, dan ibubapa. Seorang penasihat yang sabar dan tabah serta tidak pernah mengeluh dalam mendengar masalah seseorang. Kemunculan aku dalam hidup dia memporak-perandakan hidupnya. Sering beri masalah kepadanya tapi suka ketawa pabila bercakap dengan aku. Suka menggunakan kiasan pabila bercakap dengan aku. Suka membaca novel dan suka bercerita dengan aku bab2 novel alaf 21.Seorang yang sukar menangis tapi mudah menangis pabila ditekan. Selama perkenalan kami setahun lebih, hanya 3 kali pernah mengalirkan airmata untuk aku. Sangat2 mengambil berat hal2 kehidupan aku terutama kesihatan aku yang kurang memuaskan saat ini. Suka bagi meseg yang berunsurkan 
KeTuhanan yang amat bermakna maksudnya. Sukar meluahkan perasaan sayang terhadap aku tapi dah 2 kali meluahkan pada aku bahawa dia menyayangi aku sebagai adiknya. Malu pabila bercakap soal hati dan mudah terkelu bila bercakap tentangnya. Terlalu banyak rahsia diri aku yang dia pegang dan tidak pernah bagitahu sesapa yang aku kenal selama ini. Pemendam yang agak hebat. Akak terima kasih sebab sayang kimy, jangan tinggalkan kimy akak. Kimy sayang akak sangat2. Maafkan kimy telah banyak kali melukai hati akak. Kimy gagal menjadi adik yang baik untuk akak. Saya doakan akak temu jodoh yang sesuai di Kedah seperti mama akak nak. Thanxx banyak2.


Insan yang seterusnya ialah kekasih hati aku, iaitu Amiera Binti Abdul Wahap. Seorang gadis yang comel serta manis orangnya. Seorang yang panas baran tapi mudah turun pabila dengan aku. Seorang yang pendengar yang baik tapi sentiasa terkelu selepas mendengar segala masalah aku. Seorang yang penyayang serta pencinta yang setia. Sifatnya sama dengan aku, suka berjenaka serta "slow" sedikit. :) jangan marah ya?? Otak yang bijak, sesuai menjadi pemimpin yang berwibawa. Adil dan toleransi menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak dan Ketua Pengawas. Pandai bercakap dikhalayak ramai serta mampu untuk cakap spontan depan2 orang. Tidak malu dan bangga pabila berdiri di atas pentas untuk bercakap. Agak manja serta lemah pabila dibelai. Sukakan keharmonian di dalam keluarga serta perhubungan. Seorang yang ego pada asalnya tapi selepas mengenali aku menjadi seorang yang "cair" tapi masih ada egonya kadang2. Otaknya matang serta mampu untuk memberi pendapat sama ada ia berkaitan agama mahupun sosial. Mulutnya yang suka bercakap dan kuat bercerita mampu menghiburkan hati semua orang. Ada daya penarik dari segi sifat dan cara komunikasi dengan orang lain. Pemendam perasaan dan tidak suka meluah saat itu tapi akan luah pabila tidak tahan menanggungnya lagi. Suka melukis karakter kartun dan aku amat menyukainya. Munculnya aku dalam kehidupan peribadinya sedikit sebanyak mengubah dirinya yang sosial menjadi yang lebih diam. Suka bergaul dengan lelaki sahaja kerana baginya perempuan tidak tulus dalam menjalinkan hubungan sahabat. Tidak memiliki kawan sejati dan sering mengadu dengan nasibnya berkaitan sahabat. Mengenali nya mengubah kehidupan aku menjadi yang lebih ceria kerana mulutnya sama dengan aku,kuat bercerita tapi masih kalah dengan aku. Hahahaha..Saat ini kami masih menjalinkan hubungan seperti biasa, dia amat menyintai aku. Tidak malu menunjukkan aku kepada khalayak ramai. Tidak suka simpan siapa BF dia sekarang. Tidak malu dapat BF yang hodoh serta sengal macam aku. Ayg, maafkan b sebab hal semalam antara b dengan pu3, b bukan ketepikan ayg tapi b taknak 100% menyusahkan ayg. Ayg insan yang amat baik, pendengar setia yang baik tapi kadang2 ayg tak dapat berkata apa2 kerana ayg takut salah cakap tentangnya. B berharap ayg yang terakhir dalam hidup hubby. Soal b dengan gadis2 lain sudah tidak ada apa2 lagi. Kami hanya kawan, kita serah pada Allah dalam menentukan segala hal untuk masa hadapan. B cuma nak yang terbaik dalam hidup kita. Maaf b gagal sekali lagi menjadi hubby yang ayg inginkan tapi b tak kan mengalah ya?? B syg ayg dan cinta ayg sesungguhnya. Seperti yang b pernah lafazkan dulu, aku mencintai kau kerana Dia bukan kerana nafsu semata2. Apa yang pernah berlaku dalam kehidupan ayg b tak pernah jadikan ia senjata untuk melepaskan ayg. Selagi b bernafas akan b jaga cinta kita hingga ke akhir hayat. Tapi andai kata kita gagal jangan salahkan diri ayg mahupun takdir kerana apa yang tertulis suratan takdir kita, kita tak boleh mengubahnya. Ada yang terbaik untuk kita. Tapi harapan b serta doa b sayang. Agar kita bersatu menjadi hubungan yang halal dan kita akan kembangkan hingga ke akhir hayat. Terima kasih kerana muncul dalam hidup b sayang, terima kasih kerana bahagiakan hubby. Terima kasih kerana masih teguh berdiri di belakang hubby seperti mereka2 yang lain, Tapi b yakin ayg akan tabah dalam menjalani liku2 kehidupan dalam menjalinkan hubungan dengan lelaki yang bernama MUHAMMAD HAKIMI ERDIEW BIN MUHAMMAD TARMIZI. B bukan baik, tapi b nak jadi yag terbaik, b bukan pencinta yang setia tapi b setia menanti ayg, b bukan hebat dalam bermain kata tapi b hebat dalam mengambil hati ayg. B terlalu banyak kekurangan tapi cinta b pada ayg tak mungkin akan berkurangan. Memang ada yang masih menanti b, tapi mereka juga memerlukan kebahagiaan, mereka belum jumpa insan2 tersebut, kelak mereka jumpa cinta mereka terhadap b akan luntur ayg tapi takkan hilang tapi hanya luntur, jadi jangan rasa tercabar dengan semua ini wahai sayangku. Percaya apabila kita tak tewas dalam menjaga cinta kita kemanisan seperti madu akn kita rasai kelak. B tak mahu kita rasa manisnya sekarang, kerana madu itu takkan kekal sayang. Cinta sejati perlu banyak pengorbanan serta liku2 kehidupan yang perlu di hadapi dalam mencari cinta yang abadi. Jika nak cari cinta itu, kita kena pandang ke hadapan begitu banyak onak duri kehidupan yang kita kena lalui, sekarang ayg rasa sakitnya. Kelak b pula akan rasa syg tapi janganlah kita gagal dan mengalah, kerana bila kita mengalah cinta itu takkan datang pada kita. Ingat Allah, ingatlah cinta kita, kerana cinta kita berlandaskan Dia syg, bukan kerana nafsu. Selam 7 tahun ini, b dan ayg akan dapat banyak cabaran kehidupan, Sabar ya sayang?? I love you the most sayang. Thnxx sebab menyayangi hubby dan menyintai hubby..


 Akhir kata dari kimy untuk korang semua, kimy tak pernah menyalahkan sesape dalam kehidupan kimy, malah kimy yang rasa membebankan kalian, pu3,ira,kakak n ayg terima kasih segala2nya.


Aku berdoa kita dapat ditemukan kelak. Amin.
Nukilan
+DR LOVE+

No comments:

Post a Comment

Jangan Sengan! Sila Komen ~~