Followers

Wednesday, December 1, 2010

~Kenapa Aku DiPersalahkan???????!!!!~



Salam, aku di sini nak cerita sedikit tentang kisah kehidupan yang aku jalani saat ini. Peristiwa yang tak mungkin aku akan lupakan sampai bila-bila. Janji aku pada seseorang bahawa aku amat BERDENDAM dengan ahli keluarga aku sendiri. Benda ni berlaku tadi, baru kejap tadi, selepas aku selesai menjamu selera untuk malam ini. Before that, aku nak ceritakan sedikit soal kegembiraan yang tak lah berapa gembira bagi aku. Aku jalan dengan adik beradik aku yang lain except sial seorang tu, maaf jika aku mention nama sial tu agak kasar bunyi dia, sebab bagi aku panggilan macam tu amat sesuai untuk dirinya. Aku bukan tak suka nak jalan dengan saudara kandung aku sendiri, bila aku jalan dengan dorang, aku kena arah macam-macam dan berjalan tak boleh sorang-sorang. Kononnya takut ada pembuli,penjahat dan sebagainya. Come on man! I'm not 7 years old, but i'm already 18 years old! I can take care myself. Ke mana aku pergi asyik call saja, aku nak jalan beli barang aku tak angkat hp kena marah, kononnya aku pekak dan sebagainya. Suka marah aku depan khalayak ramai, malu aku dibuatnya. Kejadian tu berlaku macam ni, aku jalan dengan adik aku, dia temankan aku cari barang yang aku nak bagi pada seseorang. Lagi pula adik aku cari sapu tangan, dia bukan sorang-sorang pun tapi dia ada dengan aku. No one can hurt her if i always be her side. Aku seorang yang protective person. Aku tak suka orang dilukai kerana aku atau apa2 saja bila dengan aku. Then, abang aku asyik call adik dia kata cepat lah turun pergi makan, sedangkan aku dengan adik dah makan kat rumah before jalan. Bila kami dah sampai tu, dia tolak kami dengan cara yang lembut but still lagi nampak seperti kami dimarahi. Aku kena marah depan-depan foodcourt! Macam mana aku nak sorok muka aku masa tu, ramai tengok aku, aku buat slumber je lah, bila disuruh order makan, aku tak order pape pun, aku just order air horlics ping(ais) dan adik pula milo ping(ais). Dah tu, kami pergi lah tingkat 8 semula untuk main game, tapi before that aku ikut abang aku pergi solat dulu, dia ajak aku, aku pun pergi. Jika aku tak pergi ada yang kena sepak pula. Sesudah main game dorang pergi karoke,aku pula masih runsing tak jumpa kat mana kedai ada ukir nama dalam cincin. Tak senang duduk aku dan tak da mud aku nak jalan, Akhirnya aku dapat keluar senyap-senyap dari abang aku dan jumpa juga kedai tu selepas aku meseg kawan aku yang tempat aku kerja dulu, sebab dia perempuan mesti tahu kat mana. Dah tu, aku pun balik. Lupa nak bagitahu korang bahawa aku TONTON WAYANG RAPUNZEL! Kelakar tak orang macam aku tengok wayang tu, Tapi cerita dia best, rugi tak tengok. Even kartun tapi romantic dan sedih dan gembira. Hahahaha...dah lah tu cerita gembira, now tukar pada KESEDIHAN.
Sampai di rumah, aku terus call miera untuk mengatakan aku dah selamat sampai ke rumah. Dah habis call, aku keluar untuk makan malam, aku ambik nasi dan duduk di ruang tamu tengok tv dengan adik aku, dalam beberapa suap tu,aku nampak qimi adik kecil ku tengah main cermin besar kat ruang tamu, dia dapat capai sebab dia panjat sofa. Aku jerit lah kakak aku suruh tengok qimi, tapi aku panggil dia dengan hormat cuma sedikit kuat sebab dia masa tu tengah bergayut dalam fon dengan pakwe dia. Dia jawab dengan aku begitu kasar, mana tak sakit hati aku dah lah aku penat, baru balik dia tetiba angin dengan aku apa pasal??? Memang tanggungjawab dia kan!!!! Shit! Babi! Sial!! Aku tak tahu nak luah pada siapa tahu tak!! Takkan ada siapa nak dengar apa yang aku cuba nak cakap! Takda! Aku ni kan budak-budak bagi dorang, aku masih budak-budak yang masih minum susu ibu!! Aku kecil sangat ke? Apa salah aku? Aku jawab lah balik pada kakak aku dengan nada yang agak tinggi, then dia kata aku KURANG AJAR!!!!!! Aku balas lah balik, sebab aku dah lama nak luahkan semuanya. Tetiba uncle aku muncul dan kata kenapa ni? Pesal kurang ajar sangat ni?? Aku?? Aku??? Disalahkan! Sial! Aku diam lagi, tak menjawab once uncle aku mula membebel2 aku mula menjawab, tapi! Aku menjawab hanya nada perlahan yang hanya segelintir orang saja akan dengar masa tu, aku cuma cakap 'Bagus orang yang tak salah di salahkan, orang yang salah masih melakukan kesalahan, bagus family ni' Start situ dia membebel lagi sampai kata dia nak solat pun tak boleh, dia lari ke pondok dan solat di sana, mama aku muncul dan tanya pada aku perkara sebenar, aku berhenti makan sekejap, dan aku pandang mama, dan aku tunduk balik sambil menggeleng2 kan kepala aku sambil tersenyum sinis dan berkata 'Tak perlu la ma yen cakap pape nanti lain lagi pula jadinya,' dan mama pergi ke dapur, saat tu abang ada di sana, before aku masuk ke dapur aku dengar mama dok cakap something dengan abang dan aku dengar abang kata 'Dia menjawab lah??' Aku terus meluru masuk dan cuci pinggan aku, tetiba abang bersuara keras tanya pada aku, 'Kau menjawab ke tadi??' aku diam dan dia bertanya dengan suara yang agak keras dan aku menjawab 'Tak' dan aku toleh nak pergi ke arah ruang tamu, abang tanya lagi, dan aku jawab 'Aku menjawab sikit je' dan aku cerita semula pada dia apa telah terjadi. Abang marah pada aku kerana menjawab tapi dia tak jawab tentang kakak sikit pun, ya maybe sebab ada achik masa tu kat dapur, dan aku meluru ke depan dengan perasaan yang agak sakit dan marah! Aku sedikit membebel sebab aku tak sokong aku kena marah macam tu, dan abang aku tak puas hati pada aku, dia meluru masuk bilik terkam aku dan cengkam muka aku dengan kuat dan suruh aku pandang dia, aku tak tahan lama2 air mata aku mengalir, aku nangis bukan sebab aku nak kata aku lemah pada dia, tapi aku sedih kenapa aku dipersalahkan 100%???Dia hanya kata pada aku, SABAR! SABAR! SABAR! Ya! Aku sabar dan dah cukup sabar, tapi sampai bila??Tahap kesabaran orang ada hadnya, Tapi sesuatu tu tak kan berhasil dengan hanya DOA kalau kita tak berusaha dengan tangan untuk mengubah nya! Kenapa perlu diam?? Kenapa?? Kenapa adik2 lain jadi mangsa atas apa yang berlaku selama SETAHUN LEBIH NI!!!!!!! IS NOT FAIR!!!!!!!! Cukup! Hakimi tak boleh tahan lagi dengan family macam ni, ya aku akui kesalahan aku kerana menjawab! Tapi aku just cakap benda yang betul! Tuhan takkan bagi kita dosa kalau kita berani tegakkan KEBENARAN!!!!!ORANG TUA TAK SEMESTINYA 100% TEPAT! MAYBE CUMA 100% BETUL! BUT BUKAN TEPAT! Abang kata tetap jangan menjawab! Sabar saja! Oh please! Aku ada hati dan perasaan, kalau korang jadi aku, korang bukan nya kaki jalan tapi tadi korang keluar pukul 12 tengah hari balik before maghrib di panggilnya MELALAK!! Yang kakak korang dari 7 pagi keluar kerja balik dekat 11 malam dan apa namanya tu teman2!!! Tu kena panggil apa sial!! Jalan2 ek?? Dan aku pula kena panggil melalak! Aku melalak dengan adik beradik, aku tak melalak dengan betina ntah pape okey!!!!!!!!! Aku ada awek, tapi aku tak kan pernah jumpa awek aku selama aku masih belajar!!!!!!!!! Dan dia berada jauh dari aku, kenapa aku cari gf jauh! sebab pe nak tau?? sebab, aku nak jaga hati family aku, aku tak nak berlaku apa2 lagi. Aku tahu korang takkan pernah paham, dan mungkin bila baca post ni, aku yang salah korang anggap, aku tak kesah, janji aku dah luah, cuma segelintir orang je akan paham pe keadaan yang berlaku pada aku, 




Kakak, Ayg, Ira dan Puteri!! Korang tahu cerita sebenar kan, nak tahu tak aku sekarang sering dilanda masalah keluarga, aku sedih, korang takda disisi aku, aku tak sanggup susahkan korang, aku cuma nak bagitahu saat aku tengah update blog ni, airmata aku menitis, tak henti2, kenapa nasib aku macam ni? Aku dah cuba untuk ubah, tapi family aku membataskan untuk aku lakukan semua tu, tadi mama cakap jangan mengadu pada kawan2 tentang masalah keluarga, cerita pada family, nak cerita macam mana?? Kalau family tak paham aku, aku tahu tak semua kawan mampu tolong, sebab akhirnya kita akan cari family, cukup lah mereka dapat dengar aku, dan paham situasi aku, sebab mereka tak berada dengan aku saat tu, bagi mereka paham. Oh god! Niat aku untuk tak balik sabah lagi, semakin menebal, aku harap aku akan laksanakan impian aku tu! Cuma satu aku nak bagitahu korang, mungkin muka aku nampak selekah, tapi hati aku cuma segelintir orang je tahu, ye aku tak pernah perfect, dan takda siapa sempurna, kenapa family aku malu nak berdepan dengan khalayak ramai? Kenapa seakan2 tak malu pada Allah, nampak sangat mereka tak yakin kewujudan Allah, kalau malu pada Dia, kenapa tak pernah takut berdepan masalah, kenapa anak berumur 18 tahun macam aku mampu fikir macam ni, ya maybe dorang lagi memikirkan, kenapa takda tindakan, nak benda tu berulang sekali lagi ke? Puteri selalu cakap jangan benda tu berulang lagi sudah, aku malu dia cakap macam tu, aku malu tahu tak..dan aku juga takut,




Banyak yang aku nak perkatakan saat ini, tapi aku tak terdaya, sebab aku rasa sakit hati teramat sangat, cuma satu aku nak kata, AKU AMAT2 BERDENDAM DENGAN SAUDARA KANDUNG AKU SENDIRI!!!!!!!!!


NUKILAN
+DR LOVE+




P/S: BILA AKU DAH KATA AKU DENDAM, AKU AKAN DATANG BALIK DAN TUNJUKKAN PADA MEREKA YANG AKU SEBENARNYA BOLEH MENGUBAH NASIB KELUARGA AKU EVEN AKU BERUMUR 18 TAHUN! MAMA, YEN NAK TERBAIK BUAT KITA MA, YEN MINTA MAAF KALAU YEN TAK BALIK JENGUK MAMA LAGI LEPAS NI, MAAFKAN YEN...BAGI YEN MASA 7 TAHUN DARI SEKARANG, I WILL SHOW YOU MA, YEN ANAK YANG BERGUNA MA, SANGAT2 BERGUNA MA, DORANG BERTIGA BELUM TENTU BOLEH JAGA MAMA, JANGAN RISAU MA, YEN AKAN CARI TEMPAT YANG SESUAI BUAT KITA, TAPI MA, ANDAI KATA YEN PERGI DULU SEBELUM MAMA, MAAFKAN YEN, YEN TAK MAMPU JAGA MAMA, TAPI YEN YAKIN ADA ORANG YANG MAMPU JAGA MAMA KELAK, I LOVE YOU MAMA. 




aku sayang family aku, tapi aku lebih sayang diri aku sendiri, aku kena ubah nasib aku dulu, baru aku mampu ubah mereka, bila aku ada duit sendiri baru aku mampu tunjukkan pada mereka!




=HAKIMI=

No comments:

Post a Comment

Jangan Sengan! Sila Komen ~~