Followers

Tuesday, November 30, 2010

~CERITA KU BUKAN CERITA MU~

Hari ni aku nak cerita sedikit tentang majlis kenduri di rumah aku tu, banyak kejadian yang memalukan terjadi, tapi before that aku nak cakap, dah lama aku tak update blog kan? Hahahaha, maaflah asyik busy memanjang dan takde masa untuk aku nak update blog aku ni, kali ni aku akan update sebanyak yang mungkin story-story yang banyak dah aku tinggalkan. Pada 27/11/2010 kat rumah aku ada kenduri tahlil untuk arwah nenek aku. Banyak adegan-adegan yang melucukan telah terjadi, antaranya air basuh tangan tumpah depan-depan tetamu,hukhuk, aku tak sengaja sebenarnya. Malas nak cerita panjang nanti ada pula pembaca blog aku ni ketawa bila aku cerita secara details nya. Beberapa hari yang aku banyak tinggalkan ni, aku alhamdulillah sihat walafiat di samping keluarga tercinta. Kami sekeluarga telah bercadang akan bercuti ke Kundasang! Yahoo!! 1 more time cuti-cuti Malaysia is coming, ni di sebabkan kami nak bawa keluarga dari kL untuk bercuti-cuti di Kundasang mengambil angin yang sederhana sejuk. Wah! tak sabar rasanya untuk pergi ke sana. Aku nak tenangkan hati yang tengah bergelora ini.

Maybe malam ni, aku akan pergi driving range, dah lama tak pukul bola golf, dah lama aku tak practice, agak-agaknya mesti pukulan aku dah hancus! Malu macam tu, hehe maklumlah aku kat kL siapa lah nak bawa aku pergi main golf kan? Kawan-kawan aku bukan minat pun, kereta pula takde lagipun tempat pun aku tak tahu, lagipun aku busy dengan study saja, mulai saat ni aku nak belajar betul-betul, sebab aku nak laksanakan impian aku. Apa impian aku? Hehe, adalah cuma certain people saja yang tahu apa plan aku dalam jangka masa panjang ni, bagi aku masa 7 tahun dari sekarang. Insya-Allah dengan bantuan Allah S.W.T yang selalu ada di sisi aku, aku akan pastikan impian aku tu tercapai. Sebenarnya aku ada masalah peribadi sedikit lah, tak boleh lah kan nak show off kat sini, cukuplah aku cakap aku ada sedikit masalah peribadi yang aku sendiri harus selesaikan. Aku sebagai seorang lelaki, aku yang kena mulakan dulu UNTUK BERDAMAI. Aku bukan nak cari musuh, aku nak cari teman. Aku perlukan teman yang boleh dengar segala masalah aku sama ada yang zahir mahupun sensitif, pada aku nak cari teman memang senang, tapi nak cari teman yang betul-betul memahami kita memang susah, that's why lah aku nak kena hati-hati dalam mencari teman, pengajaran dulu telah banyak mengajar aku. Malahan ia membakar semangat aku untuk terus maju ke hadapan, aku cuma sedih sebab beberapa orang yang aku sayang selama ni sakit dan terluka kerana aku, aku nak betulkan semuanya. Aku tak mahu bermusuh, aku tak suka kan permusuhan. Macam tu jugalah antara aku dan sahabat aku Syahirah dan begitu juga teman baru ku Puteri, i hope she will okay. Banyak telah terjadi dalam hidup dia selama beberapa hari sahaja, dan aku harap sedikit nasihat aku untuk dia berguna. Aku cuma tak mahu dia rasa sakit lagi, aku bukan kejam orangnya, maybe nampak aku seorang yang pendendam. Jujur aku katakan aku jenis yang pendendam, tapi buat apa kita nak balas balik setelah apa yang terjadi kan? Eh! aku merapu apa ni wahai sahabat2 ku???

Cerita si dia? Ha, kami berdua alhamdulillah so far so good. Dia kata dia sanggup tunggu aku untuk 6 tahun dari sekarang. Percaya atau tidak kalian semua kami tak kan berjumpa selama 6 tahun ini. Kerana kami masing2 nak focus pada pengajian kami. Ya, orang kata banyak dugaan yang kena tempuh ni, yelah dah lah jauh, banyak lagi orang yang baik,kacak,kaya,pandai dari aku kat sana yang dekat dengan dia. Tapi dia pegang pada pepatah dia. Jika kita pergi ke sebuah padang di mana banyak bunga yang hidup di sana. Bila kita berjalan di sekitarnya memang banyak bunga-bunga yang cantik. Bila dia diarahkan untuk mencari bunga yang paling cantik di padang tu, dia tak kan dapat bagi jawapan nya kerana semua bunga-bunga itu banyak yang cantik, tapi dia kata pada aku, jika kita dah jumpa bunga yang cantik dan kita dah petik dia, maknanya kita tak boleh buang dia begitu sahaja pabila kita kena suruh maju ke hadapan dan terjumpa bunga lagi cantik dari yang ada ditangan nya. Jangan lah sesekali kita petik lagi bunga yang baru kerana bunga yang baru belum tentu sama hebatnya dengan bunga yang dia petik. Makna nya di sini. Rupa paras, pangkat, harta, dan semuanya belum tentu menjamin kebahagiaan seseorang, kerana perkara2 yang aku sebut tadi bukan dapat bagi kita 100% kebahagiaan, lain orang lain citarasanya. Mungkin pada si dia aku begitu cukup sempurna untuk dia, tapi pada orang lain mungkin tidak. Aku tidak lah sehebat lelaki-lelaki yang banyak di luar sana. Aku seorang insan yang memerlukan kasih dan sayang yang tulus dari seorang insan yang bernama PEREMPUAN. Mungkin sesetengah yang mengenali aku baru boleh describe diri aku ni macam mana. Alhamdulillah selama aku berkenalan dengan mana-mana perempuan, semua bagi layanan yang positif terhadap aku, lembut dan tidak mengasari aku. Cerita si dia ni, nak cerita memang panjang kut, sebab banyak yang dia dah buat untuk aku agar aku nampak kesetiaan dia. Aku cuma harap orang lain dapat menerima dia seperti mana anda semua dapat terima saya. AKU DI SINI BUKAN CARI PEREMPUAN TAPI AKU DI SINI CARI CINTA. Ehem3, awat jiwang sangat aku ni, hehehe, jangan marah.




Macam aku pula, aku suka gunakan pepatah ni bagi menunjukkan sesuatu, maksud aku di sini, aku suka beri perumpamaan sesuatu objek dengan manusia. Yelah seperti air sungai yang sentiasa mengalir, begitulah manusia. Kita dapat sentuh air tu cuma sekali, kita tak mungkin dapat jumpa air yang sama sekali lagi, mungkin dapat tapi mungkin tak sama seperti kali pertama kita sentuh. Macam tu lah juga hati manusia, bila kita dah sentuh dia, kita kena jaga dia, jangan sia2 kan dia. Kelak kita yang akan rugi, mungkin air sungai tu tak sejernih yang kita inginkan tapi cuma dia sahaja yang dapat berikan kita kebahagiaan, yelah air yang jernih semua nak, air keruh siapalah yang nak, yang keruh lagi better dari yang jernih, sebab 1 day dia yang akan berjasa pada kita. Macam tulah yang aku selalu gunakan dalam hidup aku selama hayat aku ini. Aku akui dulu aku banyak melakukan kesalahan tapi aku sering cari cara untuk berubah yang lebih better dari sebelumnya, janganlah menyalahkan Amiera 100%, jangan kah kata dia seperti tarik aku semahunya dari anda semua, soal diam itu hanya aku dan dia sahaja yang mengetahui. Eh, tak lupa juga dengan Allah, kami sahaja yang tahu, soal peribadi kami, tak perlu lah kan kami nak show off, alhamdulillah kami bahagia, kami sihat. Kami pun jarang untuk 24 jam bersama, kadang-kadang tu aku sering tidur awal lah sekarang ni, tinggal dia sorang-sorang, kesian dia. Soal perasaan ni aku tak nak ulas panjang lebar, cukup sekadar korang tahu aku dengan Amiera baik-baik saja dan masih bersama. Tolong doakan kebahagiaan kami ya. Lagi pula, kami tentukan pada yang Maha Esa sahaja, kami cuma mampu merancang, kami tak tolak andai satu hari nanti, kami terpaksa berpisah, mungkin tiada jodoh antara kami, tapi kalau lah boleh, kami nak hidup bersama selamanya. Aku tak nak memilih lagi, aku tak nak yang baik atau apa, cukup sekadar dia menyayangi aku dan hargai aku. Paling penting, dapat terima segala kelemahan aku dan family aku. Aku takut dia tak dapat terima, tapi dia kata 'I DO MY DEAR' okey lah macam tu, hope dia tahan dengan aku dengan segala masalah keluarga yang melanda dalam family aku ni.

Kakak?? Ye penting untuk aku meluahkan sesuatu tentang kakak angkat kesayangan ku, kak taiyibah, kenapa akak buat saya macam ini, maksud saya kenapa nak putuskan silaturrahim antara kita wahai kakak ku??? Apa lagi salah yang kimy telah lakukan pada akak? Saya selalu nak jadi adik yang terbaik dalam hidup akak, saya tak pernah langgar cakap akak, maksud saya bukan lah tak pernah langgar cakap kakak, tapi so far saya  kut kan cakap akak??

Aku baru pulang dari bangunan depan, haha beli laptop sleeve..hehe..harga asal RM17.90 dia bagi kurang dengan aku RM15 je, pada mulanya minta RM10 dia kata tak boleh, eleh cina kedekut, hahahaha, tak pela sekali sekala buat amal sikit, hahahaha, tak boleh blah lah, sebab dia corak bunga hitam, hahaha..rasa lawak pun ada. 

okeylah teman2 sampai di sini dulu saya update blog, sebab lepas ni saya nak main game

p/s : when i start to loving you, i will say is everyday,every hour, every minute and every second. so, i just wanna say I LOVE YOU SO MUCH!     

No comments:

Post a Comment

Jangan Sengan! Sila Komen ~~