Followers

Thursday, June 2, 2011

Semester 3

Sebenarnya aku tak tahu nak tulis apa tentang semester 3 utk kali ini, aku cuma berharap this semester akan menaikkan lagi pointer aku. Jangan pernah jatuh, insya-Allah aku akan cuba naikkan lagi. Actually aku nak minta maaf kepada sesiapa saja yang pernah makan hati dengan aku sama ada secara langsung atau tak. Aku tahu selama aku kenal korang semua aku banyak menyakiti hati korang, mula2 aku datang dengan membawa sejuta kegembiraan dan aku pergi dengan sejuta kesakitan pada korang, harap maaf dengan segala kesalahan aku dulu.

Aku tak berniat untuk lakukan itu semua, aku cuma manusia biasa, anggaplah yang semua itu satu cabaran dalam hidup kita. Thanks kepada sesiapa yang pernah aku sakitkan dulu still ingat kat aku dan dah maafkan aku, korang memang kawan yang sangat2 baik. Aku turut mendoakan kebahagiaan korang juga, semoga apa yang dah jadi pada kita semua akan bagi kita semangat dalam meneruskan kehidupan. 

Aku macam tak percaya pulak sebenarnya kan, aku dah 19teen lol. Urmm, masa bergerak begitu pantas, hanya sekejap kehadiran aku dan kehadiran kalian semua sedikit sebanyak beri aku pengajaran dan watkan aku menjadi lebih matang. Tak sangka pulak aku sejak pemergian aku ni, korang still ingat saat mula2 dulu aku mengenali korang, aku tahu aku dulu always make you all smile and laughing..But now, semua tu hanya tinggal satu kenangan yang indah. Kenangan tu biar lah ia di telan dengan zaman,

Now, aku ada seseorang yang menceriakan dan mewarnai hidup aku, seronok sangat sebab perkenalan aku dengan dia pun agak pantas sebenarnya. Terima kasih Amiera. You make me smile every sec, min, hour and everyday! Terlalu besar dan terlalu indah untuk aku ceritakan pasal dia dalam entri blog aku, sebab dia begitu sempurna di mata aku, takda yang kurang.

Dia dah memiliki semuanya wahai sahabat2 ku.
1. Aku mencintai dia kerana agama yang dipegang begitu kukuh dan dia banyak nasihatkan aku soal pegangan agama ni
2. Aku mencintai dia kerana keturunan dia, dia memiliki sebuah keluarga yang baik tutur bicara nya dan ibubapa nya membuatkan ku 'JELES' untuk memiliki ibubapa sepertinya.
3. Aku mencintai dia kerana rupa parasnya, dia juga memiliki rupa yang sangat menawan, walaupun aku jarang sekali untuk memujinya, bukan bermakna dia tidak cantik tapi wajahnya membuat aku tak dapat berkata apa2 kerana kebersihan wajahnya.
4. Aku mencintai dia kerana kepandaian yang dia miliki, kepandaian dari semua aspek, pelajaran, urusan rumah, diri sendiri, dan menguruskan orang lain.
5. Aku mencintai dia kerana hartanya, dia juga diantara golongan yang senang, tidak susah dan juga tidak terlalu senang. Hartanya cukup untuk mereka satu keluarga.
6. Aku mencintai dia untuk yang terakhirnya kerana dia memiliki sifat yang manja, yang suka kan belaian dan perhatian yang penuh. Dia seorang yang kasar pada luaran tapi dalamannya hanya aku yang mengerti kerana itu namanya SEORANG PEREMPUAN.
Semua ni dia ada, dah cukup untuk seorang lelaki mencari pasangan hidupnya. Jikalau dia tak memiliki yang ke-3,ke-4, ke-5 aku juga tetap mencintai dia. Itu hanya tambahan jika ada, baguslah jika dia takda takpa. Tapi aku dapat semuanya. :)

Betapa sayangnya aku pada awek aku kan? Hehe, aku akan menyayangi insan itu jika dia pandai hargai kehadiran aku dan pandai ambil hati aku, aku terus terang katakan. 

Jenis lelaki macam aku ni :-
1. Memerlukan perhatian yang penuh, aku lebih suka jika gadis itu lebih fikirkan diri aku daripada dirinya(jahat x? hehe)
2. Aku perlukan gadis itu jika aku kata nak sekarang dia harus setuju dengan aku ( agak kejam x? hehe)
3. Aku seorang lelaki yang suka bercerita, aku tak suka pabila aku tengah seloroh bercerita dia akan bergurau mengatakan aku banyak cakap. Kerana itu akan menyinggung perasaan aku, aku lebih suka dia mendengar segala cerita aku even benda tu amat membosankan..:)
4. Aku suka "kopoci" hehe dengan gadis yang aku cintai, kerana aku dah terbiasa sangat dah untuk menyibuk..hahaha
5. Aku suka jika gadis itu pandai mengambil hati aku seperti memuji aku, even aku kata mana ada tapi disebaliknya satu senyuman yang lebar akan terukir di bibirku.
6. Aku agak manja dan aku suka di belai dengan lembut, aku sangat suka jika dia menemani aku ketika tidur.
7. Aku sangat sukakan pujukan dari si dia, dan aku mahukan nya! ;p
8. Aku seorang yang suka cari pasal dan aku suka akan nya, kerana aku akan nampak muka dia berkerut2 tahan marah dan sangat suka buat dia merajuk! My hobby! :)

Mungkin mengenali aku nampak complicated, tapi itulah aku sebenarnya, haha..jikalau anda nak tahu, Amiera seorang gadis yang sangat sabar dengan karenah BODOH aku ni, dia akan pastikan "bucuk" dia ni tidur dulu sebelum dia, seronok kan? rasa2 siapa lelaki dan siapa perempuan sekarang? haahhaha, dia adalah BF dan aku adalah GF..haha terbalik sudah!

okey sampai di sini dulu post aku, nanti aku update lagi, insya-Allah..thanks sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment

Jangan Sengan! Sila Komen ~~